Tuesday, October 16, 2012

Kau Merepek Apa Ini Syaitan


Aku sedang dalam fasa mid-life crisis
Mid-life crisis itu apa, aku tidaklah begitu tahu sangat. 
Tapi bunyinya seperti aku sedang mengalami masalah psikologi kelas atasan yang rumit dan sofistikated. 
Hashtag bangsawan.

Demm. 
Usia makin lama makin meningkat.
Kini aku sudah menjangkau hampir 23 tahun.

Fine aku tipu.
28 tahun. 
Kasi la can...

Tapi jiwa aku tidak begitu berbeda bezanya dengan yang dahulu 
Yang berseluar dalam dan berbaju shirt putih mengejar ayam keliling rumah 
Sehingga diteriak Bonda dari dapur.

Aku harus akur. Aku sudah tua.
Tidak lama lagi bakal mendirikan rumah tangga. 
Setahun dua lagi akan mengendong si kecil yang tidak tahu duduk diam. Haip.

Tua.
Mulanya hari aku dengan akhbar The Star, News Straits Time, Bloomberg dan Reuters.
Kemudian baru facebook atau blogspot. 

Tua. 
Apabila berkaraoke dengan kawan-kawan, aku terdiam. 
Kerana pilihan lagu mereka begitu asing di koklea aku.   
Dengan desibel yang bingit dan lirik yang sampah.
Hei, marilah bukak baju. 
Aku buka bajumu. 
Kau buka bajuku.
Kita bersetubuh.
Mister seksobit.
Yaw yaw.
Kepala hotak
Sedang aku pula terhenjut-henjut terikut nada iramanya. 

Tua. 
Hisap sisha sekejap terus mereng. Apa kes?

Tua. 
Malas menaip sms. 
Dail sahaja terus cakap. 
Kalau setakat menaip "Hairi....", "Beb...", "Dude..." memang minggu depan aku jawab.

Ini tidak bagus. 
Aku sudah hilang seronok. 
Aku sekarang Mama Bosan. 

Pada tingkah laku aku sandarkan waktu.
Namun sebenarnya yang tidak bisa berbohong ialah jasad kita. 

Kelmarin aku ketemu tabib.
Aku ini macam-macam sakitnya.
Sakit gegendang telinga.
Sakit kaki.
Sakit kepala. 
Tekanan darah rendah.
Terlebih gula. 
Tapi yang menyayat hati.
Tabib bilang aku high cholesterol.
Pada umur 28. 

Nikmat makan yang lazat-lazat sudah ditarik Tuhan sedikit demi sedikit sebenarnya. 

Kawan,
Selagi apa kita ada belum dijemput Tuhan semula kita pasti alpa.
Tentang harta yang ada sebelum dibelanja semuanya.
Tentang masa muda ceria sebelum meningkat usia.
Tentang lapang waktunya sebelum singkat detiknya.
Tentang bernafas hidup sebelum nafas akhirnya.
Tentang sihat jasadnya sebelum sakit semuanya.
Acap kali.
Syukur di telapak kaki.

Okay.
Kalian sudah bosan sama bebelan aku.
Hairi, kau merepek apa ini syaitan?

- Hairi -

2 comments:

Unknown said...

Erm.. mid life crisis untuk yang berumur 50 tahun ke atas yer.. Kalau 27 tu nama dia crisis lite-lite.

Aina Rieqa said...

bersyukur nye sy jd kamu..
sbb waktu usia itu baru merasa sume tu..
sy skunk 22thn..
tetapi??
kenape sy rse seperti sudah bosan dgn ronggengan menjadi anak2 seusia ini.