Saturday, April 9, 2011

Dialog Bersama Bonda

Sesi dialog bersama Bunda. 
Lazimnya selepas kerja. 
Kadang kala di hujung minggu. 
Acap kali bikin aku my blood go upstairs


Situasi #1 
Mencari tempat parking di perkarangan deretan rumah kedai sememangnya punca high blood pressure tanpa anda sedari. Dua tiga kali pusing tiada hasil, melainkan sumpah seranah dalam hati. 

Hairi: "Mak, takde tempat parking paling dekat lah. Nanti kalau parking sana, mak kena jalan jauh." 

Bonda: "Parking je lah jauh sana. Nanti kalau Sa`i masa Umrah antara Saffa dengan Marwah lagi jauh kita kena jalan..."



*SMS ustazah pilihan ke 3222.


Situasi #2 
Malaysia sekarang sedang mengalami pemanasan global kan? 
Ye lah, aku tahu la pemanasan global itu seluruh dunia, tapi sekarang ni aku tengah cakap pasal Malaysia. 
Ok. Asalnya niatku memulakan perbualan di tengahari yang hening sama Bonda.
Aku pun komen lah pasal cuaca panas di waktu tengahari itu. 

Hairi: "Mak, panas lah sekarang ni. Tak tahan." 

Bonda: "Nanti masa kat Padang Mahsyar tu lagi panas..."

Aku pun kurang pasti sama ada aku boleh sentap tak dalam hal ini.

Situasi #3 
Memandu pulang dari kedai yang sukar tiada lokasi parking tadi. 
Mengeluh tentang kerja. Saja nak mengada sama Bonda. 

Hairi: "Mak, Aie nak tukar kerja lah. Bank-bank kat luar semua bayar double triple. Kawan-kawan ramai dah blah." 

Bonda: "Buat apa nak kejar harta pangkat dunia. Bukan dapat masuk dalam kubur sekali dengan kita. Yang patut kita cari harta untuk akhirat tu. Kalau gaji besar tapi tak berkat, tak berguna juga. Kau kerja sekarang dah elok, boleh tanggung mak, bayarkan ubat mak...."

*Sepohon kayu daunnya rimbun... (Saujana)

Situasi #4 
Berbaring di katil selepas pulang kerja. Belum mandi pun. Letih. Minda dan jasad. 

Hairi: "Mak, penat lah mak kerja." 

Bonda: "Arwah abah kau kerja lagi penat. Keluar sebelum matahari terbit, balik lepas matahari terbenam. Nak menyara korang adik beradik."

Terus aku capai tuala dan mandi. Takut kena lagi. Tak aci weh, aku tak suruh dia komen pun...

Situasi #5 
Menonton Biggest Loser Asia bersama kakak. Tengok sahaja, bersenam tidak, sebab itu kami godang belaka. Bonda datang megendeng ke ruang tamu. Aku tidak layan sangat. Aku malas betul kalau orang tak nak tengok dari awal, nanti dah tengah-tengah cerita, dah sedap-sedap, sibuk dia nak tanya. 

Siapa tu? Suami dia ke? Kenapa dia kena pukul? Itu siapa? Kenapa dia buat macam tu? Itu boss dia ke?

Tiba-tiba Bonda berkata: Eh cepatnya Minah tu kurus! Baru start kan Biggest Loser ni?

Aku dan kakakku tercari-cari manakah peserta yang sudah kurus itu, walhal baru dua tiga minggu masuk latihan. 

Bonda: Itu yang pakai baju singlet merah tu.

Aku dan kakakku saling berpandangan. 

Mak itu trainer dia la, Kristy. 

Situasi #6
Niat di hati nak belajar oversea. Scotland atau Melbourne? 
Oh, jangan tanya lebih-lebih sebab aku fail geografi. Saja bertanya pada Bonda. 
Walaupun aku tahu kebarangkalian mendapat izin itu rendah sekali. 
Sedang kami bersarapan di Bangi Kopitiam, aku pun berkata: 

Hairi: "Mak, nak sambung belajar oversea boleh?" 

Bonda: "Apa kat Malaysia ni takde universiti ke?" 

Serius sangat lah pulak Bunda ni. Maka aku pun cuba memeriahkan suasana.

Hairi: "Saja, nak main salji. Sini takde salji. Nak sejuk." 

Bonda yang baru selesai menyedut milo ais berkata sambil menghunus gelas pada aku: "Kau nak sejuk? Ni amek ni ais dalam milo ni gi main. Kalau tak cukup, kita balik rumah, dalam peti sejuk banyak ais."

Pergh. Dahsyat kena. Ok. Aku pun cuba lagi: "Ala mak ni, orang nak pergi menuntut ilmu, bukannya apa". 

Bonda: "Tido malam mengigau berjalan ada hati nak belajar oversea."


Ai seteresss dengan mak ai tawwww....